Tuesday, August 17, 2010

DAFTAR BOILER

Soalan

Apa kabar Mr OSH. Aku keje sbg safety officer kat swasta. Company aku nak beli boiler baru utk pasang kat kilang. CEO aku minta aku daftarkan boiler baru tu..minta pandangan dari Mr OSH...

SHO

Jawapan aku boleh bgtau

Bagus soalan ko tu...boiler / dandang mesti didaftarkan kerana jentera ni boleh mendatangkan bahaya jika tidak diperiksa dgn betul. Ok..ko try ikut nasihat aku ni...

1)Dapatkan approval design boiler tu
Ko lengkapkan borang approval design dari website DOSH atau DOSH Putrajaya & submit bersama lampiran yg dikehendaki ke DOSH Putrajaya. Then, tunggu la approval tu..
Kalo nak senang lg, ko suruh je fabricator / supplier tu yg buat. Bila dah dpt approval, baru ko ikut next step ni...

2)Hydrostatik Test (HT)
Kekadang DOSH minta buat HT utk part2 pd boiler ni...ko stand by je lar. Kalo dpt skip, ko ikut next step ni plak..

3)Installation approval
Bila boiler tu dah siap buat, fabricator tu mesti nak pasang kat kilang ko kn? Sebelum tu, ko kena la mohon kebenaran memasang dari DOSH negeri.

4)Daftar boiler
Bila dah siap pasang kat kilang, ko lengkapkan borang JKJ 105 dan submit ke DOSH negeri. DOSH officer akan buat pemeriksaan pertama kat boiler tu. Biasanye akan buat steam test..Kalo lulus, DOSH akan isu CF untuk tempoh 15 bulan. Kalo fail, buat lah pembaikan & inspection semula..

5)Pemeriksaan Ulangan
Boiler tu mestilah dibuka bagi menjalankan pemeriksaan dalaman. Sebelum DOSH inspection buat, ko buatlah dulu pemeriksaan sama ada internal staff atau kontraktor yg kompeten. Kalo dapat, sediakan report water quality utk boiler tu..kalo lulus, CF akan diperbaharui untuk 15 bulan lg

Senang kan? SAFETY IS SIMPLE

DAFTAR AIR COMPRESSOR

Soalan

Bro, nak tanye. Aku keje kat kilang kayu ada guna air compressor yg belum daftar dgn JKKP. Bos aku suruh daftar, tp aku tak tau nak wat mcmne? Bro, boleh tolong aku...

Hapiz

Jawapan yang aku tau..

Aku ucapkan syabas sebab bos kau nak daftar air compressor tu...drpd soalan tu, ade beberapa benda yang aku tak tau. Contohnya air compressor tu di buat/beli dari local atau luar negeri?Air compressor yang ko ade tu baru atau second hand? Tp takpe, ko cuba ikut langkah kat bawah ni..

1)Dapatkan approval design dari DOSH Putrajaya
Sepatutnya yg mohon approval design ni elok lar fabricator tu atau supplier..permohonan ada 3 jenis (local / import / used). Ko dapatkan borang approval design kat DOSH Putrajaya atau download kat DOSH website, submit bersama lampiran yg DOSH nak & tunggu approval. Kalo x approved, mesti ade something wrong kat design. Kalo approved, ko ikut step seterusnya.

2)Hydrostatik test(HT)
Ko buat lah surat pada DOSH negeri & minta buat HT untuk air compressor tu..kalo HT ko lulus, DOSH negeri akan keluarkan sijil ujian (JKJ127) untuk air compressor tu..

3)Daftar air compressor
Ko dapatkan borang JKJ 105 di DOSH negeri atau download kat DOSH website. Lengkapkan borang tu dan hantar bersama JKJ127 ke DOSH negeri untuk permohonan unfired pressure vessel (UPV). DOSH akan buat arranggement untuk buat inspection pertama. Kalo tak lulus, pegawai akan minta buat pembaikan. Kalo lulus, DOSH negeri akan keluarkan certificate of fitness (CF) untuk air compressor tu selama 15 bulan sahaja.

4)Renew CF
Sebelum 60hari tamat tempoh CF, ko jgn lupa buat surat utk DOSH negeri untuk buat pemeriksaan ulangan. Sebelum officer nak buat inspection, ko make sure maintenance ko dah buat. Rekod ada simpan. Kalo lulus, DOSH akan keluarkan CF baru..

Simple tak? Kan aku dah cakap...SAFETY IS SIMPLE...